Laman web Spe-Ed kini hampir mencapai usia 2 tahun pada 4 Disember 2009. Dengan penambahbaikkan yang dilakukan saban tahun, kini laman web SpeEd telah semakin mencipta nama di peringkat Jabatan Pendidikan Khas dan juga Jabatan Pelajaran Negeri diseluruh Malaysia. Usaha peningkatan teknologi yang menggunakan sistem DataBase mySQL menjelang tahun 2009 telah membenarkan laman web ini pergi dengan lebih jauh seperti kemampuan untuk menyimpan lebih banyak maklumat berkaitan Pendidikan Khas dalam bentuk yang lebih kompleks.
Selepas mendapat perhatian yang semakin serius dari pihak JPN, kini laman web SpeEd sedang mengorak langkah untuk menyediakan satu sistem SMPKweb yang mana akan menyimpan maklumat Pendidikan Khas seluruh Malaysia. Usaha ini merupakan salah satu usaha SpeEd untuk membantu guru-guru dan juga memberi maklumat kepada semua pengunjung laman web berkaitan Pendidikan Khas di Malaysia. Dengan bermottokan "Segalanya ada di sini", laman web SpeEd sedang meningkan pelbagai usaha disebalik tabir untuk memberi maklumat dengan lebih sistematik menjelang tahun 2011.
Walau bagaimanapun laman web ini memerlukan sumbangan dalam bentuk wang ringgit untuk membiayai Kos Hosting dan juga Kos Domain setiap tahun. Laman web ini perlu dibiayai setiap 1 Disember setiap tahun memerlukan bantuan anda untuk membantu laman web ini untuk terus berada di atas talian.
Kepada mereka yang berminat atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana untuk menghulurkan membantu boleh menghubungi webmaster.