Utama
 
Warga SpeEd
Log Masuk Spe-ed
 
Pendidikan Khas
 
Masalah Pembelajaran
 
Masalah Penglihatan
 

Masalah Pendengaran

 
Pelajar Pendidikan Khas
 
TEORI PEMBELAJARAN
 

Bantu SpeEd

Laman web ini memerlukan sumbangan anda bagi membiayai kos Hosting dan juga Nama Domain setiap tahun. Laman web ini perlu dibiayai setiap 1 Disember setiap tahun memerlukan bantuan anda untuk membantu laman web ini terus di atas talian.

Kepada merekayang ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana untuk menghulurkan membantu boleh menghubungi webmaster.

Sila email resit kepada admindispe-ed.net

 
Penderma SpeEd

Terima kasih kepada mereka yang telah membantu laman web ini sejak tahun 2007;

2010 - insan , Azizi,
2009 - Azizi, insan, Megat.
2008 - pelajar KPLI-IPBMM 2007
2007 - pelajar KPLI-IPBMM 2007

 
Hubungi Kami

Untuk makluman lanjut sila email webmaster
(mr_azzj 'at' yahoo.com) atau
YM Azizi (Hantar pesanan)

Laman ini dilawati sebanyak kali

 
 

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:

    1. kebolehan kognitif
    2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
    3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan
    4. penguasaan membaca
    5. kemahiran perkembangan (developmental skills)
    6. kemahiran matematik

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:

  1. Ciri-ciri fizikal

Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

  1. Ciri-ciri intelek

Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada  peringkat umur 8 tahun atau lebih.

  1. Ciri-ciri sosial dan peribadi

Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

 

RASIONAL

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi  keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

MATLAMAT

Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak  yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

OBJEKTIF

Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:

  1. Menguasai kemahiran komunikasi
  2. Menguasai kemahiran bergaul
  3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
  4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
  5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian
  6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
  7. Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi
  8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
  9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
  10. Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek

SASARAN

Murid-murid terencat akal ringan yang:

  • Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah
  • Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
  • Tiada kecacatan fizikal yang teruk
  • Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku  luarbiasa seperti hyperaktif (sukar dikawal),ganas atau mental yang teruk
  • Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain. (percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru)

 

Terencat Akal
 
Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia
 
Autisme
  • Bermasalah komunikasi
  • Sukakan rutin
  • Berada di dunia sendiri
  • Ekolalia
  • Cederakan diri sendiri
  • Kompulsif tanpa tahu kesan
  • Tidak suka bergaul
  • Tidak ada tentangan mata
  • Kerencatan bahasa
  • Masalah kefahaman
  • Tidak suka disentuh
  • Bermasalah interaksi sosial
  • Pergerakan berulang-ulang
 

Palsi Serebrum

  • Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan
  • Masalah pergerakan
  • Masalah postur
  • Kekejangan
  • Pergerakan tidak terkawal
  • Masalah imbangan badan
  • Masalah komunikasi
  • Masalah motor halus/kasar
  • Masalah tulisan
  • Masalah perkembangan motor halus/kasar
 
Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa
  • Kecelaruan pertuturan
  • Kecelaruan bahasa
  • Kecelaruan suara
  • Masalah artikulasi
  • Masalah kelancaran
 
Sindrome Down
 

Gangguan Penumpuan ADHD

  • Lambat menyiapkan tugasan
  • Mudah terganggu
  • Masalah kosentrasi
  • Masalah mengurus tugasan
  • Cepat lupa
  • Impulsif
  • Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu
  • Memerlukan pengawasan yang lebih
  • Masalah menunggu giliran
 

Hiper Aktif

  • Tidak boleh duduk diam
  • Impulsif
  • Tumpuan perhatian singkat
  • Suka ganggu orang lain
  • Bermasalah Pembelajaran
 
Pintar cerdas dan Berbakat
  • Keupayaan umum yang istimewa
  • Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi
  • Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi
  • Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran
  • Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan

 

maklumat diperolehi dari pelbagai sumber

 

 

Penafian Laman Web; Laman web spe-ed.net menyediakan maklumat berkaitan golongan kurang upaya (OKU). Maklumat yang ditulis adalah hasil himpunan pelbagai pengirim untuk dikongsi di dalam laman web untuk bacaan dan rujukan pengunjung. Semua maklumat yang disediakan tidak semestinya tepat untuk setiap golongan OKU. Pindaan berkaitan maklumat akan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa. Sekiranya bantuan atau khidmat pakar diperlukan, sila hubungi pihak pakar atau mereka yang berkelayakan.

Sesuai untuk paparan resolusi 1024 x 768 dengan menggunakan IE 6 | Dibangunkan secara rasmi pada 4 Disember 2007 , 1428H