Utama
 
Warga SpeEd
Log Masuk Spe-ed
 
Pendidikan Khas
 
Masalah Pembelajaran
 
Masalah Penglihatan
 

Masalah Pendengaran

 
Pelajar Pendidikan Khas
 
TEORI PEMBELAJARAN
 

Bantu SpeEd

Laman web ini memerlukan sumbangan anda bagi membiayai kos Hosting dan juga Nama Domain setiap tahun. Laman web ini perlu dibiayai setiap 1 Disember setiap tahun memerlukan bantuan anda untuk membantu laman web ini terus di atas talian.

Kepada merekayang ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana untuk menghulurkan membantu boleh menghubungi webmaster.

Sila email resit kepada admindispe-ed.net

 
Penderma SpeEd

Terima kasih kepada mereka yang telah membantu laman web ini sejak tahun 2007;

2010 - insan , Azizi,
2009 - Azizi, insan, Megat.
2008 - pelajar KPLI-IPBMM 2007
2007 - pelajar KPLI-IPBMM 2007

 
Hubungi Kami

Untuk makluman lanjut sila email webmaster
(mr_azzj 'at' yahoo.com) atau
YM Azizi (Hantar pesanan)

Laman ini dilawati sebanyak kali

 

Latar Belakang Pendidikan Khas di Malaysia

 

  Maklumat dikumpul oleh: Noorazimah binti Mohd Noor
Sumber : Pelbagai
Tarikh : 16 Mei 208

 

Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara umumnya, kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat mereka mengikuti persekolahan seperti mana kanak-kanak biasa.

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk murid-murid bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Murid-muridan 1961; iaitu

“sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya ”.

Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang  sesuai dengan jenis murid-murid serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia pula adalah untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, boleh menguruskan kehidupan dan produktif.

Terdapat dua pendekatan pndidikan khas disediakan iaitu; Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi pula disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran,, bermasalah pendengaran dan penglihatan. Bagi Program Pendidikan Khas Integrasi, murid-murid khas ditempatkan di sekolah harian biasa dan ditempatkan dalam bilik darjah yang berasingan dengan murid-murid  biasa. Selain Kementerian Pelajaran, pelbagai badan bukan kerajaan dan badan sukarelawan juga turut menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak khas ini.

Pendidikan khas ini juga telah diperjuangkan di negara-negara lain di dunia seperti Britain, Amerika Syarikat, new Zealan dan ain-lain lagi. Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya ( Individuals with Disabilities Education Act, Public Law 94-476) yang diubah suai pada 1990 memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat. Di Britain pula, Laporan Warnock yang dikemukakan pada tahun 1978 mamainkan peranan penting dalamperkembangan pendidikan khas di negara itu.

 

 

 

Penafian Laman Web; Laman web spe-ed.net menyediakan maklumat berkaitan golongan kurang upaya (OKU). Maklumat yang ditulis adalah hasil himpunan pelbagai pengirim untuk dikongsi di dalam laman web untuk bacaan dan rujukan pengunjung. Semua maklumat yang disediakan tidak semestinya tepat untuk setiap golongan OKU. Pindaan berkaitan maklumat akan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa. Sekiranya bantuan atau khidmat pakar diperlukan, sila hubungi pihak pakar atau mereka yang berkelayakan.

Sesuai untuk paparan resolusi 1024 x 768 dengan menggunakan IE 6 | Dibangunkan secara rasmi pada 4 Disember 2007 , 1428H