Utama
 
Warga SpeEd
Log Masuk Spe-ed
 
Pendidikan Khas
 
Masalah Pembelajaran
 
Masalah Penglihatan
 

Masalah Pendengaran

 
Pelajar Pendidikan Khas
 
TEORI PEMBELAJARAN
 

Bantu SpeEd

Laman web ini memerlukan sumbangan anda bagi membiayai kos Hosting dan juga Nama Domain setiap tahun. Laman web ini perlu dibiayai setiap 1 Disember setiap tahun memerlukan bantuan anda untuk membantu laman web ini terus di atas talian.

Kepada merekayang ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana untuk menghulurkan membantu boleh menghubungi webmaster.

Sila email resit kepada admindispe-ed.net

 
Penderma SpeEd

Terima kasih kepada mereka yang telah membantu laman web ini sejak tahun 2007;

2010 - insan , Azizi,
2009 - Azizi, insan, Megat.
2008 - pelajar KPLI-IPBMM 2007
2007 - pelajar KPLI-IPBMM 2007

 
Hubungi Kami

Untuk makluman lanjut sila email webmaster
(mr_azzj 'at' yahoo.com) atau
YM Azizi (Hantar pesanan)

Laman ini dilawati sebanyak kali

 

DASAR PENDIDIKAN KHAS

MEMASTIKAN MURID BEKEPERLUAN KHAS MENDAPAT AKSES DAN EKUITI KEPADA PENDIDIKAN YANG BERKUALITI SELARAS DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

MISI PPKI

MENYEDIAKAN PENDIDIKAN ASAS YANG KUKUH DAN BERKESAN SERTA BERDAYA MAJU KEPADA MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK BANDAR RINCHING  DAN MEMBENTUK MURID  MENJADI INSAN YANG BERDISIPLIN, BERILMU SERTA DAPAT BERDIKARI DAN MEMBERI SUMBANGAN  BAKTI KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

 

VISI PPKI

MENGHASILKAN MURID -  MURID YANG MEMPUNYAI DAYA KEYAKINAN YANG TINGGI DALAM MENGHADAPI CABARAN DAN BOLEH DIKETENGAHKAN DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN DISAMPING MEMINIMAKAN MASALAH TINGKAHLAKU DAN MEMAKSIMUMKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA MURID PPKI

 

GARIS PANDUAN DAN SYARAT KEMASUKAN MURID/PELAJAR KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS PERCANTUMAN.

Murid/ Pelajar Baru

  1. Calon berumur 7tahun (sekolah rendah) dan 14 tahun(sekolah      menengah) pada tarikh permohonan.
  2. Borang yang tidak lengkap adalah dianggap gagal
  3. Calon yang disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak dengan menggunakan borang pemeriksaan doktor yang disediakan.Setiap butiran dan menerima pemeriksaan yang terperinci. (Laporan doktor adalah diwajibkan)
  4. Calon ditemuduga oleh panel terlebih dahulu sebelum diputuskan sama ada layak atau tidak layak ditempatkan ke Program Pendidikan Khas Percantuman(kecuali calon cacat pendengaran CPD)
  5. Keputusan temuduga diserahklan ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk disemak dan dikenalpasti masalah serta kategori calon. Penempatan hanya akan dibuat kepada calon yang layak sahaja.

Calon-calon yang layak diterima:   

  1. boleh urus diri tanpa bantuan orang lain
  2. tiada kecacatan fizikal yang teruk
  3. tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (susah kawal),ganas atau mental yang teruk.
  4. Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain.
  5. Calon yang layak hanya akan ditempatkan ke sekolah percantuman yang sesuai  dan bergantung kepada kekosongan tempat pada ketika itu.  Sekiranya tiada kekosongan  tempat, calon adalah dianggap sebagai calon menunggu.
  6. Setiap calon yang layak diterima masuk adalah dalam tempoh percubaan selama 3 bulan. Pihak sekolah/Penyelaras program akan membuat laporan mengenai perkembangan dan prestasi pembelajaran calon tersebut. Sekiranya layak/lulus,calon tersebut akan mengikuti pembelajaran seterusnya. Bagi calon yang gagal, disarankan ke program lain seperti PDK (Kebajikan Masyarakat), program swasta atau bimbingan penjaga masing-masing.
  7. Calon yang telah ditemuduga dan gagal boleh memohon semula penempatan sekiranya calon telah melalui pemulihan dan dianggap layak.
  8. Tempoh pembelajaran seseorang murid/ pelajar di Program Percantuman adalah :
  9. Sekolah Rendah daripada umur 7 Tahun ke 13 Tahun
  10. Sekolah Menengah daripada umur 14  Tahun ke 19 Tahun
  11. Tetapi walau bagaiamanpun, prestasi bulanan setiapmurid/pelajar akan menentukan tempoh pembelajarannya.Sekiranya pada satu-satu     tempoh itu, murid atau pelajar itu menunjukkan prestasi yang menurun dan menimbulkan masalah kepada sekolah(guru dan rakan sebaya). Maka murid / pelajar berkenaan boleh disarankan untuk direhatkan/berhenti bagi satu tempoh sehingga murid berkenaan menunjukkan  sikap atau kelakuan dan minat yang positif.

Peruntukan Murid/Pelajar Pendidikan Khas

  • Pertukaran murid/pelajar program Pendidikan Khas hendaklah      menggunakan borang pertukaran yang ‘standard’. Borang tersebut hendaklah di hantar terus ke Unit Pendidikan Khas,Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk di proses dan tindakan selanjutnya.
  • Pertukaran dan penempatan yang tidak melalui Jabatan Pelajaran Negeri Selangor-Unit Pendidikan Khas tidak boleh diterima.
  • Borang-borang pertukaran boleh didapati di semua sekolah dan hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar/Pengetua sekolah berkenaan.

 


Penafian Laman Web; Laman web spe-ed.net menyediakan maklumat berkaitan golongan kurang upaya (OKU). Maklumat yang ditulis adalah hasil himpunan pelbagai pengirim untuk dikongsi di dalam laman web untuk bacaan dan rujukan pengunjung. Semua maklumat yang disediakan tidak semestinya tepat untuk setiap golongan OKU. Pindaan berkaitan maklumat akan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa. Sekiranya bantuan atau khidmat pakar diperlukan, sila hubungi pihak pakar atau mereka yang berkelayakan.

Sesuai untuk paparan resolusi 1024 x 768 dengan menggunakan IE 6 | Dibangunkan secara rasmi pada 4 Disember 2007 , 1428H